LOADING

Type to search

Cerita HM

ANDA PASTI TIDAK PERCAYA APA YANG TELAH BERLAKU KEPADA KUCING INI

Share

Adakah anda pernah melihat kucing dengan warna unik dan pelik di bahagian tubuhnya serta tidak kelihatan seperti seekor kucing secara umumnya? Jika tidak pernah, anda patut melihatnya.

Kali ini Haimeow hendak berkongsi cerita berkisar kemunculan seekor kucing berwarna hijau yang berkeliaran di sekitar Kota Varna, sebuah destinasi pelancongan yang popular di Laut Hitam di Bulgaria, Disember lalu. Kucing tersebut sangat berbeza dengan kucing-kucing disekelilingnya kerana keunikan warna bulu kucing itu yang dipenuhi warna hijau terang dengan kesan tompokan hitam di bahagian tubuhnya.

The Incredible Moggi, Si Hijau Bulgaria

green4

PRIHATIN

Pada mulanya, penduduk tempatan menganggap kucing berkenaan menjadi mangsa individu nakal atau menjadi mangsa suntingan kreatif, namun hakikatnya kucing itu sememangnya mempunyai bulu berwarna hijau yang pastinya menarik perhatian sesiapa jika melihat.

Susulan itu, keprihatinan penduduk disana perlu dicontohi oleh masyarakat Malaysia yang sanggup menubuhkan satu halaman kumpulan dalam Facebook yang digelar β€˜Hukuman kepada Dalang Jenayah Ini’ bagi menangkap individu yang perlu bertanggung jawab melakukan perbuatan tersebut terhadap seekor kucing jalanan. Ia turut menyebabkan penduduk di bandar Varna, Bulgaria berasa marah kerana menyangka kucing itu menjadi mangsa perbuatan kejam daripada individu yang sengaja mewarnakannya dengan warna hijau.

MOGGY SI HIJAU

Monggi, si kucing hijau itu menjadi semakin terkenal apabila satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman web, Youtube telah menunjukkan haiwan tersebut yang bebas berkeliaran dan bermain dengan seekor kucing berwarna perang yang seringkali menemaninya.

Namun, sebenarnya kucing itu mempunyai bulu berwarna hijau kerana haiwan comel ini tidur di atas longgokan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj yang menyebabkan kucing itu kelihatan hijau menyala hari demi hari. Moggy menghabiskan malamnya di sebuah garaj tua di mana ia tidur di lopak cat tua berwarna hijau yang ditinggalkan di sana selepas tamat kerja pembinaan.

Walau bagaimanapun, penduduk setempat yang sedar akan kelibat Moggy berusaha untuk menangkap dan membersihkannya kerana khuatir tumpahan cat yang melekat di tubuh kucing tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya Moggy kerap menjilat bulunya, selain mereka juga gusar Moggy akan dicuri kerana keunikan warna bulunya.

WARNA ASAL

Kejadian kucing berwarna hijau ini turut mendapat perhatian Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) yang memberi amaran tegas bahawa tindakan mengecat atau menukar warna bulu binatang, tidak kira ternakan atau sebagai peliharaan atas tujuan kosmetik boleh menyebabkan kesan buruk kepada haiwan itu.

Kini, Moggy tidak lagi berwarna hijau dan kelihatan pelik dari kucing-kucing di sekelilingnya. Kucing yang jadi terkenal kerana warna bulu berwarna hijau ini, telah dicuci oleh pasukan penyelamat haiwan yang membolehkan warna bulu yang asli kembali kelihatan untuk pertama kalinya. Ternyata orang ramai turut selesa dengan kehadiran semula kucing jalanan ini di Bandar Varna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *