LOADING

Type to search

Cerita HM

Anda Pasti Tidak Percaya Apa Yang Ditempuh Oleh Kucing Ini

Share

Keletihan dan tidak bermaya, tidak berupaya untuk berdiri dan mengiau. Seekor kucing tiba-tiba muncul dari arah belakang rumah sebuah keluarga di Florida.

Selama enam hari, keluarga Barb Mazzola berikan tempat perlindungan dan makanan kepada kucing istimewa ini di rumah mereka di West Palm Beach.

PENJELAJAHAN HOLLY

Holly3

Mereka sangat sayangkan Holly. Semasa membawa Holly ke pusat haiwan, mereka bertanya kepada pusat haiwan berkenaan jika Holly mempunyai cip mikro yang boleh dipasang pada kucing peliharaan. Dengan cara ini Barb dapat mengenalpasti pemilik asal Holly.
Selepas diperiksa, Holly memang mempunyai cip mikro dan pemilik Holly merupakan jiran Barb yang tinggal hanya sebatu jarak dari rumah mereka iaitu Jacob & Bonnie Richter.
Tetapi apa yang memeranjatkan Barb ialah apabila diberitahu yang Holly dilaporkan hilang di Daytona Beach, 200 batu jarak dari rumah Barb. Kucing milik keluarga Ricther telah hilang semasa mereka sekeluarga bercuti disana.

MISTERI

Pun begitu, Holly, seekor kucing peliharaan yang jarang berada diluar dapat bertahan dan berjaya balik ke tempat asal dari arah kawasan yang tidak dikenali. Kisah Holly telah menjadi bualan hangat di internet dan pelbagai teori diperkatakan tentang bunyi dan bau, kompas dalaman dan juga memori mengenai jalan yang dilalui semasa ke Florida.
“Ia misteri” ujar Marc Bekoff, seorang profesor di Universiti Colorado yang mempunyai kepakaran berkaitan tingkah-laku haiwan. “Kucing peliharaan ini mungkin mempunyai deria asas mengenai arah dan menggunakan petunjuk seperti bunyi, tetapi secara jujur kami tidak tahu bagaimana ia mencari jalan pulang hampir 200 batu jaraknya.”

NALURI

Encik Richter, 70, seorang pesara mekanik penerbangan, memikirkan jika Holly mengorientasikan dirinya dengan faktor jalan yang sibuk sepanjang persisir pantai, terus berjalan dengan meletakkan laut di bahagian kirinya dan hanya bergerak kehadapan menghala ke selatan.
“Terbukti, Holly mempunyai naluri dalaman atau magik yang membolehkan ia tidak lari dari arah sebenar,” ujar Rithcer. Tambahnya lagi, “Saya tiada idea berapa daripada sembilan nyawanya digunakan kerana ia perlu menempuh jalan yang sibuk, juga terdapat ancaman dari haiwan-haiwan liar disepanjang perjalanan”.
Naluri pulang yang ada pada haiwan migrasi dengan menggunakan matahari, cuaca dan daya magnetik juga telah dikaji, tetapi tiada pakar yang mempunyai bukti keupayaan bagi seekor kucing untuk berjalan jarak jauh di kawasan yang tidak dikenali ataupun asing untuk pulang.
Kebanyakan baka kucing takut dengan orang asing, namun Holly mampu melakukannya walaupun berbekalkan makan dan minum yang sedikit sepanjang perjalanan. Berat badannya susut sehingga lebih kurang 7 kilogram sepanjang menempuh perjalanan.

PULANG

Puan Richter, 63, seorang pesara jururawat, berkata bahawa tiada istilah dapat digunakan dalam situasi ‘survival’ ini, cip mikro yang diletakkan pada badan Holly sangat kecil dan pasti mempunyai data.
“Sangat sedih semasa kehilangannya, tetapi saya tidak putus harapan yang Holly akan kembali. Holly telah pulang pada keadaan sediakala. Kami amat gembira menyambut kepulanngannya semula ke sisi kami,” jelas Encik Ricther pula.
Jika cip mikro yang diletakkan pada Holly mampu memberikan mesej atau maklumat sepanjang penjelajahan Holly dari Daytona Beach ke West Palm Beach, pastinya ia dapat memberi iktibar dari kisah kucing peliharaan milik Ricther sekeluarga.

Holly2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *