Type to search

Cerita HM

ANAK KUCING MALANG TERJATUH DALAM LUBANG TANDAS

Share

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam lubang tandas di sebuah rumah di Bandar Rinching, minggu lepas.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi untuk melakukan khidmat khas menyelamat setelah menerima panggilan pada pukul 10.27 pagi.

“Anggota kita telah menggunakan teknik Receo dan berjaya menarik keluar anak kucing menggunakan penjerut. Anak kucing berada dalam keadaan selamat tanpa kecederaan dan telah diberikan bantuan secukupnya

“Pasukan berkenaan juga telah memastikan tiada lagi punca-punca bahaya di lokasi sebelum bertolak balik ke balai,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian