Type to search

Cerita HM

ANAK KUCING BERJAYA DISELAMATKAN DARI RUNTUHAN BANGUNAN DI JELEBU

Share

Seekor anak kucing didapati terperangkap dalam sebuah runtuhan bangunan di Simpang Pertang dan berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba petang Rabu lepas .

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Irwan Hairulshah Abdul Hamid berkata, runtuhan itu membabitkan bahagian dapur tiga buah kedai makan kira-kira pukul 2.34 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan berkenaan bangunan yang runtuh dan juga bagi menyelamatkan kucing yang tersepit.

Encik Irwan Hairulshah berkata, pasukannya mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan kucing jantan itu dan kemudian memaklumkan kejadian runtuhan kepada Majlis Daerah Jelebu.

Kata beliau, kucing itu diserahkan kepada orang ramai di lokasi kejadian dan pemeriksaan lanjut mendapati kedai makan terbabit tidak selamat untuk diduduki.

Jelas beliau, runtuhan dipercayai akibat hakisan dan mendapan tanah pada tebing Sungai Air Baning itu berlaku pada pukul 2.34 petang.

Sumber: Kosmo! Online