LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

ALAHAN PADA SI BULUS? NAMPAK MUDAH, TAPI RUMIT

Share

Alahan adalah satu reaksi sistem imuniti badan menolak sesuatu agen yang lazimnya tidak berbahaya kepada kucing lain, tetapi boleh menyebabkan alahan teruk kepada sesetengah kucing. Agen atau bahan yang menyebabkan alergi dipanggil ALLERGEN. Sistem imuniti individu kucing tersebut tersangat sensitif dan mudah bertindak balas apabila terdedah kepada allergen tertentu.

Alahan ada pelbagai bentuk, ada sesetengah kucing yang alah pada makanan berprotein ((non- hydrolised protein) yang boleh menyebabkan cirit berpanjangan, gatal- gatal badan, mata berair, dan sesak nafas. Makanan berasaskan ayam yang lazimnya menyebabkan alergi, jadi pemilik kucing harus lebih peka dan elakkan kucing anda makan makanan berasaskan ayam. Respon individu adalah berbeza- beza. Ini kerana sistem badan mereka tidak dapat menerima kandungan protein yang terdapat pada makanan tersebut, dan bertindak balas untuk membuang ia secara mekanikal seperti cirit birit.

Sekiranya kucing saya mengalami alahan teruk, apa yang perlu saya buat?

Bawa ke klinik haiwan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor. Doktor Doktor akan melakukan beberapa ujian atau pemeriksaan untuk mengesahkan alergi bagi memperolehi sejarah perubatan kucing tersebut, ujian darah dan ujian alergi.

Bagaimana alahan- alahan ini boleh dirawat atau dicegah?

Alahan boleh dicegah apabila kita mengetahui sumber allergen dan kita ‘elliminate’/ hindarkan kucing kita daripada alergi itu. Rawatan ubat hanyalah bersifat sementara untuk mengurangkan kegatalan pada waktu itu.
1. Mulakan dengan program pencegahan kutu.
2. Tukar kepada makanan anti- alergi (hydrolised protein)
3. Jangan gunakan pasir yang ada bahan pewangi
4. Vacum rumah, karpet, tempat tidur kucing sekerap mungkin.
5. Mandikan kucing anda satu hingga dua kali seminggu, untuk kurangkan kegatalan badan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *