LOADING

Type to search

Fakta HM

AIR MERUPAKAN ANTARA KEPERLUAN UTAMA BAGI KUCING

Share

Lazimnya kucing bukanlah haiwan peliharaan yang begitu menggemari air, namun mereka tetap menghasilkan air kencing yang banyak dan pekat. Tubuh kucing sebagaimana mamalia kecil lain terdiri daripada 60 peratus air. Air merupakan satu-satunya minuman yang perlu diminum oleh kucing tanpa perlu ditambah perisa atau diubah rasanya.

Secara purata, kucing akan minum secawan air atau 240 milimeter (ml) sehari bergantung kepada tahap kesihatan kucing itu sendiri. Namun, jumlah tersebut boleh berubah dari hari ke hari mengikut kelincahan mereka bermain atau sebagainya. Faktor yang mempengaruhi pengambilan air untuk kucing termasuklah pemakanan, suhu setempat dan tahap kegiatannya.

KEPERLUAN AIR BUAT SI BULUS

Drink3

AIR PILI

Selain itu, deria rasa kucing adalah lebih peka berbanding manusia. Ada yang berpendapat mengatakan kucing gemar minum air yang mengalir keluar dari pili kerana mereka lebih suka rasa air yang lebih segar berbanding air takungan yang sudah dibiarkan lama.

Air yang mengalir mengandungi lebih oksigen terlarut berbanding air takungan dan ini memberikan rasa air yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, jika mahu mengharapkan kucing minum air dengan cukup atas kehendaknya sendiri, maka harapan itu hanya tinggal harapan sahaja. Ini kerana kucing mempunyai daya kehausan rendah, yakni, meskipun air dalam tubuhnya tidak cukup, namun kucing masih tidak berasa dahaga.

MAKANAN BASAH

Satu-satunya cara yang paling mudah dan berkesan untuk memastikan kucing ada mempunyai bekalan air yang mencukup di dalam badan adalah dengan menyediakan makanan basah (wet food).

Makanan basah sememangnya begitu digemari kucing berbanding makanan kering kerana makanan basah mempunyai lembapan lebih 70% – 80%, manakala makanan kering hanya 10% sahaja. Kucing yang disajikan makanan basah sebagai hidangan utama tidak akan minum air sebanyak mana yang diminum kucing yang diberikan makanan kering.

Pemilik kucing juga perlu memastikan mangkuk takungan air perlu dibersihkan setiap hari, dibilas dan ditambah beberapa kali sehari bagi memastikan bekalan air yang disediakan mencukupi serta bersih untuk diminum.

Jika melihat kucing anda minum lebih banyak air berbanding kebiasaan, maka tabiat itu boleh menjadi tanda amaran kepada penyakit diabetes mellitus atau masalah ginjal. Sebaiknya, anda perlu merujuk kepada pakar vet sekiranya perkara ini terjadi.

Drink1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *