LOADING

Type to search

Fakta HM

6 CARA TINGKATKAN BONDING BERSAMA KUCING ANDA

Share

Beritahu pada semua orang bahawa anda teramat menyayangi kucing anda tidak memadai jika anda hanya luangkan masa hanya memberi makan, minum dan uruskan litternya sahaja. Walaupun perbuatan kita hanyalah perkara asas yang dibuat oleh semua orang, ia masih tidak mencukupi untuk membina chemistry yang lebih mendalam dengan kucing. Jom kita baca beberapa teknik untuk bina hubungan antara anda berdua dengan lebih mendalam!

6 Cara Bonding Dengan Kucing

terapi2

Kuasai Dahulu Teknik Memandang

Mungkin bunyinya agak kedengaran pelik dan gila tetapi memang ianya akan berjaya. Hanya luangkan sedikit masa untuk bertentang mata dengan si bulus. Jika dia mendapat perhatian anda, kelipkan mata anda kepada si bulus untuk menyatakan apa yang anda rasa pada dia. Seolah-olah memberitahu pada kekasih hatilah, bezanya anda buat dengan kucing. Amat sesuai dilakukan pada waktu malam, ketika anda dan si bulus sedang menikmati masa bersama.
Bercakap Dengan Si Bulus

Apabila si bulus mengeow pada anda, jangan abaikan. Layan juga untuk berkomunikasi dengan mereka. Ia juga adalah satu teknik untuk mengeratkan lagi bonding antara anda berdua. Sekali sekala, anda juga boleh luahkan pada kucing walaupun dia tidak faham. Kerana kadang-kadang, melihat muka si bulus pun sudah membuatkan kita tenang. Walaupun bunyinya agak mengarut apabila bercakap dengan kucing, tapi bila dipraktikkan ianya tidak lah rasa mengarut sangat. Anda cuba, baru anda tahu betapa sayangnya kucing anda dengan anda kerana rajin berkomunikasi dengannya.

Ambil Sedikit Masa untuk Bermain Dengan Betul

Kadangkala apabila penat balik dari aktiviti luar, kita hanya melayan si bulus bermain sekejap sahaja. Tentu sahaja dia tidak puas untuk luangkan lagi masa dengan anda. Teknik ini juga amat penting untuk eratkan lagi ikatan antara anda dengan kucing. Ambil masa juga walaupun sekejap. Semasa bermain dengan kucing, pastikan anda fokus pada kucing. Jangan ralit pada perkara lain seperti menonton tv, bermain telefon, ataupun main secara endah tak endah. Memang kucing anda akan terasa anda seperti terpaksa melayan dia. Gunakan masa bermain itu sebaik-baiknya.

Duduk Rapat Dengan Si Bulus

Masa penulis mula-mula menjaga kucing penulis yang diberi nama Jebon, penulis banyak luangkan masa untuk sentiasa hampir dengan Jebon agar dia cam bau pada kita dan dia terasa selamat bila berada berdekatan dengan kita. Anda juga boleh melakukan teknik sebegini. Kiranya ‘relax time’ antara anda berdua lah. Kalau hendak menonton tv, anda boleh meletakkan kucing pada ribaan anda. Ataupaun sedang membuat kerja di hadapan dengan laptop, anda boleh letakkan alas dekat dengan kaki anda untuk dia duduk.

terapi4

Bela, Jangan Kutip Sembarangan

Maksud penulis disini, membela kucing sama komitmennya sama seperti menjaga anak. Jangan kutip sembarangan kucing jika tidak ingin membelanya dengan sepenuh hati. Bukan apa, jika anda hanya mengutip dan hanya ingin memberinya makan tanpa ada kasih sayang, percayalah satu hari nanti dia hanya rindukan makanan sahaja – bukannya anda. Apabila anda ada komitmen untuk membela seekor sahaja, pastikan anda berika sepenuh kasih sayang kepada yang satu itu. Jangan ‘tamak’ dalam membela kucing.

Berkongsi Makanan & Minuman Anda Dengan Si Bulus

Tidak semestinya anda perlu kongsi semua jenis makanan anda pada si bulus. Ini kerana, tidak semua jenis makanan yang boleh ditelan oleh mereka. Seperti bawang putih, coklat dan kopi. Makanan jenis sebegitu memang baik untuk manusia tetapi tidak bagi kucing. Ia akan menjadi toksik kepada kucing anda. Ambil tahu sedikit jenis pemakanan yang bagaimana kucing makan. Jika pada masa itu, anda sedang makan ikan atau ayam, anda boleh berkongsi dengan kucing anda. Secara tak langsung, si bulus akan rasa terharu kerana anda sanggup kongsi makanan dengan mereka. Secara tak langsung juga ikatan antara anda berdua akan menjadi semakin erat.

Kesemua teknik-teknik ini, anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Berhasil ataupun tidak, ianya bergantung pada usaha anda untuk mengambil hati si bulus. Ataupun, si bulus juga kena berusaha untuk menawan hati anda.

terapi3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *