LOADING

Type to search

Buletin HM

5 Cara Melatih Kucing Anda

Share

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang boleh dilatih untuk lebih berdisiplin dalam pelbagai cara, tetapi elakkan latihan secara paksaan. Dengan adanya latihan tertentu dapat merapatkan hubungan antara anda dan si manja.

Jangan Menghukum
Lumrah setiap hidupan tidak suka dihukum, begitu juga dengan kucing. Seperti yang sedia maklum kucing merupakan haiwan peliharaan yang lebih bersifat manja dan kadang kala susah untuk mendengar arahan tertentu, berbeza dengan anjing yang boleh di disiplinkan dan dapat mendengar arahan dengan baik. Jadi, anda tidak boleh menghukum si manja anda sesuka hati kerana keadaan ini akan mengakibatkan tekanan, dan risiko mereka mendapat masalah kesihatan tinggi.

Bawa Bersiar-siar
Terkini, penggunaan harness pada kucing semakin di terima baik oleh pemilik kucing di Malaysia. Harness merupakan tali khas yang di ikat pada leher dan bahagian badan kucing bagi memudahkan pergerakan si manja dan mengelakkan kecederaan pada bahagian leher mereka. Bagi menyesuaikan kucing anda dengan harness sebelum keluar bersiar-siar di luar rumah, anda di nasihatkan untuk memakaikan harness beberapa jam sebelum keluar dari rumah bagi memberikan rasa selesa kepada kucing anda. Berbeza dengan anjing, bahagian leher kucing lebih sensitif. Jadi, anda di nasihatkan untuk tidak terlampau memaksa atau menarik si manja anda untuk berjalan mengikut kehendak anda. Si manja anda perlu di bawa bersiar-siar dengan keadaan yang tenang dan santai. Lama kelamaan si manja anda pasti akan biasa dengan penggunaan harness ini. Jangan terkejut jika si manja anda ‘merengek’ untuk dibawa bersiar-siar selepas ini.

Berjabat Tangan
Tidak semudah dan sesusah yang disangka; Mengajar kucing anda berjabat tangan merupakan satu perkara menarik yang boleh dipraktikkan. Cara mengajar si manja untuk berjabat tangan adalah dengan memberitahu kepada mereka untuk ‘salam’ sambil mengangkat tapak kaki mereka dan di letakkan di atas tapak tangan anda. Jika sudah selalu dipraktikkan, si manja anda akan terbiasa dan secara automatiknya akan mengangkat kakinya untuk berjabat tangan selepas mendengar perkataan ‘salam’.

Guna Tandas
Agak rumit, tetapi anda akan rasai manfaatnya; tanpa perlu menggunakan litter dan kebersihan rumah anda akan kekal sentiasa. Pertama sekali, letakkan litter box si manja ada berhampiran dengan tandas anda, dengan jarak yang makin lama makin hampir dengan tandas anda. Selepas itu, letakkan litter box yang sesuai dengan saiz tandas anda bagi memudahkan si manja anda untuk ‘poop’. Gunakan litter yang mudah larut bagi mengelakkan tandas anda tersumbat. Apabila si manja anda sudah selesa dan biasa menggunakan tandas, kurangkan penggunaan litter sehinggalah si manja tidak lagi mencari-cari litter dan litter boxnya.

Vokal
Seperti hidupan lain, kekuatan vokal menjadi satu perkara penting untuk terus belajar, begitu juga dengan si manja anda. Melalui vokal, kucing dapat belajar mengenal dan memberi ‘respond’ kepada anda. Menurut pakar, dengan menggunakan vokal, anda dapat memanggil kucing anda untuk diberi makan. Dengan menggunakan nama panggilan bagi si manja anda, lama kelamaan mereka akan terbiasa dan meluru ke arah anda selepas mendengar nama mereka dipanggil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *