LOADING

Type to search

Cerita HM

Kegembiraan Si Bulus Apabila Diselamatkan

Share

Ia adalah perkara yang betul apabila seorang penyelamat haiwan melihat lalu menyelamatkan sekor kucing yang sedang cuba memanaskan diri.

Jennifer Gillispie dan dua lagi penyelamat dari HERE KITTY KITTY RESCUE memandu balik ke pejabat, mendapati seekor kucing duduk di tepi jalan, tidak bergerak.

Semasa mereka cuba mendekati kucing malang berkenaan, sebuah lori melalui kawasan terbabit dan menakutkan kucing tersebut. Oleh kerana berada dalam keadaan yang lemah dan sejuk, maka ia tidak bergerak.

Si bulus mengeow apabila melihat Jennifer mula mendekatinya dan merelakan ia diambil.

Apabila ia dibawa masuk ke dalam kereta, Jennifer memeluknya dengan erat, memberinya makan dan kemudian ia mula menjilat tangan Jennifer. Si bulus tadi menggeletar kesejukan dan menyebabkan ia dipeluk lebih erat bagi memberinya haba. Jennifer dan rakannya memberi nama Aubin yang bermaksud ‘Putih’ atau ‘Terang’.

Apabila ia dibawa pulang ke pusat perlindungan, Aubin diberi makanan panas bagi mengembalikan tenaganya. Oleh kerana ia belum di-cip, mereka tidak dapat mengenali siapakah pemilik sebenar Aubin.

“Ia kebekuan, menggeletar dan minta diselamatkan. Jika ia boleh berkata-kata, pasti ia akan memberitahu anda keadaan yang sebenarnya”.

“Anda tidak boleh menyatakan keadaan sebenar dari hanya melihat luaran sahaja, betapa kurusnya keadaan sebenar apabila anda menyelak bulu-bulu Aubin.
Kini, Aubin tinggal dengan selesa dan menikmati makanan yang enak sambil dibelai oleh ramai pekerja rumah perlindungan berkenaan.

“Pada masa ini, Aubin tinggal dengan selesa di rumah perlindungan dengan personality manjanya”.

“Kami amat bertuah kerana menemui Aubin di tempat, lokasi dan masa yang tepat untuk menyelamatkannya” kata Jennifer.

980x

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *