LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

Adakah Air Kencing Kucing Anda Normal? – Warna Sebagai Petunjuk Tahap Kesihatan

Share

Tandas kotor dan berbau semestinya tidak menjadi pilihan sesiapa untuk menggunakannya. Hal sebegini membuatkan anda sanggup mencari tempat yang lebih selesa dan bersih untuk melepaskan ‘hajat’.

Berbeza dengan haiwan kesayangan berkaki empat iaitu kucing, mereka akan membuang najis kecil atau air kencing di merata-rata tempat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mesti rumah anda pernah ‘diserang’ dengan air kencing kucing liar terutama pada kasut, kereta, ampaian dan sebagainya.

Terdapat pelbagai fakta yang membuktikan bahawa kucing menggunakan air kencing mereka sebagai cara ‘berkomunikasi’. Wow!

TANDA KAWASAN

Buat pengetahuan pembaca Haimeow, kucing akan membuat tanda atau marking ke atas ‘kawasan jajahan’ (territory) melalui air kencing. Ini bermakna, kucing lain tidak dibenarkan, diizinkan mahupun menjejaki kawasan tersebut.

Selain itu, kucing jantan akan ‘menyampaikan’ pesanan kepada kucing betina sama ada mereka sudah bersedia untuk mengawan ataupun tidak melalui bau yang terhasil dari air kencing mereka.

Sebagai manusia, kita juga akan diperiksa oleh doktor melalui pengambilan air kencing bagi menentukan tahap kesihatan seseorang penyakit sama ada kronik atau masih stabil. Begitu juga dengan kucing, kesihatan mereka boleh dikenal pasti melalui air kencing.

KEPENTINGAN AIR

Semua makhluk hidup di muka bumi ini memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Kandungan air turut mengawal suhu badan, membawa nutrien dan oksigen ke dalam sel tubuh serta membuang segala toksik ‘tidak baik’ yang ada dalam badan. Sistem utama dalam tubuh badan manusia atau haiwan sentiasa memerlukan kandungan air yang mencukupi.

Secara umum, jumlah air kencing kucing yang terhasil adalah bergantung kepada berapa banyak air yang mereka minum. Semakin kuat kucing anda minum, semakin kerap mereka kencing. Faktor tersebut juga berkait rapat dengan inisiatif si pemilik kucing untuk menggalakkan si comel di rumah minum.

Sebagai haiwan karnivor, kucing yang makan hasil buruan mereka akan mendapat lebih banyak air berbanding dengan kucing yang hanya dimanjakan dengan makanan kucing (dry food). Kandungan air dalam makanan kering atau kibbles adalah 10% air sahaja berbanding wet food. Dek kerana itu, kucing rumah anda perlu disediakan bekas seramik atau water fountain bagi ‘mencetuskan’ minat mereka untuk minum. Jangan lupa sediakan bekalan air bersih setiap hari.

WARNA & TANDA PENYAKIT

Berbalik kepada fakta air kencing Si Comel, ia mengandungi kira-kira 95% air dan 2% urea yang terhasil daripada sisa protein dalam saluran kencing. Air kencing kucing juga merangkumi jumlah chloride, sulphate, phosphate, sodium, creatinine, ammonia dan uric acid.

Selain itu, warna air kencing kucing boleh digunakan sebagai rujukan tahap kesihatan mereka. Misalnya, air kencing kucing secara normal adalah berwarna kekuningan atau amber. Jika warna najis kecil ini berbeza, kemungkinan si comel anda menghidapi penyakit.

Penggunaan ubat-ubatan tertentu turut menyumbang perubahan warna pada air kencing kucing. Sekiranya air kencing warna coklat cair ataupun merah kehitaman, ia petunjuk bahawa air kencingnya mengandungi darah dan berisiko mengalami barah pundi kencing. Antara tanda-tandanya adalah kucing kerap kencing atau menjerit kesakitan ketika ‘buang’ air.

Manakala jika kucing anda mempunyai masalah hati atau mengalami jangkitan, air kencing mereka akan berwarna greenish, yellow-brown atau foamy. Jika pemilik ternampak perubahan warna pada air kencing si comel, disarankan segera bawa si comel kesayangan berjumpa doktor veterinar.

Mudah kata, dengan pemerhatian terhadap air kencing kucing, ia dapat memberikan petunjuk awal sama ada si comel di rumah mengalami penyakit, jangkitan atau sebaliknya.

pee2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *