LOADING

Type to search

Buletin HM

PowerCat Produk Lokal Bertaraf Global, Dapat Pengiktirafan Dunia

Share

World Branding Awards merupakan satu program pengiktirafan utama di dunia yang mengumpulkan jenama-jenama hebat di seluruh dunia dan diiktiraf mengikut kualiti yang terbukti diyakini.

Melalui kategori Animalis Edition yang berlangsung di Vienna pada 21 Jun lalu, Anugerah Kebangsaan diberikan kepada jenama terbaik di setiap negara yang mengambil bahagian dalam anugerah berprestij ini. Hanya satu sahaja pemenang yang akan dinobatkan bagi setiap negara yang bertanding. Juri yang mengadili anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar yang unggul didalam bidang masing-masing.

Dr. Susanna Santhiram-Hofherr yang bertindak sebagai ketua juri, merupakan Veterinary Surgeon dengan kelayakan dari Universiti Veterinar Vienna, Austria.Beliau merupakan pengasas kepada Asia Paws yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Juri seterusnya iaitu Dr. Patricia Shuen dari Pet Cares (Hong Kong), mendapat kelayakan veterinar dari Royal Veterinary College, University of London, United Kingdom, Dr. Patricia telah bekerja selama setahun sebagai doktor haiwan di Kelab Joki Hong Kong. Tidak hanya mendapat kelayakan veterinar British sahaja, Dr Patricia telah lulus dalam peperiksaan di Amerika yang dijalankan oleh Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Sementara itu, juri ketiga iaitu Dr. Manfred dari Austria pula merupakan graduan di Universiti Perubatan Veterinar di Vienna, yang kini merupakan ketua di Tierklinik Strebersdorf (Strebersdorf Animal Clinic).

Akhir sekali, Dr. Helaine merupakan lulusan dari University of Montreal, Fakulti Perubatan Veterinar. Dr. Helaine juga merupakan salah seorang pakar haiwan di DMV Veterinary Centre di Montreal dan merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan Veterinar, University of Montreal. Keempat-empat juri ini bertanggungjawab dalam mengadili semua bahagian yang berkaitan jenama kecuali undian awam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah produk jenama makanan kucing Powercat Malaysia telah bersinar di Hofburg Palace, Austria, kerana berjaya menyandang Anugerah Kebangsaan di majlis pengiktirafan ini.

Diam-diam ubi berisi, ternyata produk jenama makanan kucing bumiputra ini membuka mata banyak pihak. Pastinya ramai di luar sana tertanya-tanya bagaimana proses pengundian dan penilaian dibuat bagi menempatkan diri menjadi salah satu daripada produk yang berjaya membawa pulang anugerah bertaraf dunia ini.

Uniknya World Branding Awards ini adalah, mata undian diberikan melalui tiga aliran. Setiap aliran akan menyumbang satu peratusan bagi keseluruhan skor dalam menilai sesuatu jenama.

Pertama, melalui Pasaran Pengguna yang telah diambil kira sebanyak 40%. The World Branding Forum’s telah melakukan penyelidikan secara dalam talian di mana semua negara yang dipilih untuk menerima anugerah ini akan diadili hasil dari kaji selidik yang dijalankan, sekaligus menyumbang kepada skor penyelidikan pasaran sesebuah jenama di peringkat global atau di negara tertentu.

Kedua, melalui Penilaian Jenama yang mengambil 30% skor penilaian. Jabatan penyelidikan The World Branding Forumโ€™s juga turut menjalankan penilaian kewangan jenama berdasarkan model pendekatan pendapatan yang juga mengambil kira tempoh unjuran yang telah ditetapkan.

Bagi syarikat awam, data dikumpulkan melalui sumber yang sudah sedia ada. Manakala syarikat bukan awam, data kewangan yang telah siap diaudit akan disediakan oleh syarikat untuk penilaian, sama ada melalui sumber sedia ada atau melalui sumber umum.

Ketiga, melalui Undian Awam secara online yang diambil kira sebanyak 30%. Pihak bertanggungjawab juga menjalankan nominasi pengundian dalam talian secara berterusan yang telah disediakan khas bagi tujuan ini. Walaubagaimanapun, proses ini merupakan salah satu proses penghakiman yang telah diwujudkan sendiri oleh The World Branding Forum’s. Aspek populariti jenama juga tidak menjanjikan kemenangan sesebuah jenama.

Kemenangan jenama produk makanan kucing Powercat Malaysia tidak dapat disangkal lagi jika dilihat daripada proses penilaian dan penjurian yangsangat teliti, yang telah dijalankan bagi melayakkan diri menerima anugerah ini. Tahniah& Syabas Powercat Malaysia!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *