LOADING

Type to search

Cerita HM

Lelaki Gelandangan Ini Menjual Limau Demi Membeli Makanan Kucing Setiap Hari

Share

Seorang lelaki gelandangan yang tinggal di Thailand menjual limau setiap hari di jalanan supaya dia boleh mendapatkan wang yang cukup untuk membeli makanan kucing untuk kucing terbiar. Yang lebih mengharukan, dia lebih mengutamakan untuk memberi kucing-kucing ini makan terlebih dahulu, barulah dia memikirkan untuk dirinya sendiri.

Semua ini bermula apabila seorang gadis yang bernama Warunya Wattanasupachoke, menemui seorang lelaki yang tiada tempat tinggal yang sedang menjual limau di tepi jalan. Apa yang menarik perhatian gadis ini ialah nota bertanda yang ditulis oleh lelaki tersebut, “20 baht setiap beg, Setiap keuntungan adalah untuk membayar perbelanjaan makanan kucing jalanan,”

“Kita tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan penampilan mereka,” kata Warunya. “Ambil Loong Dum sebagai contoh. Walaupun dia kehilangan tempat tinggal dan miskin, tetapi dia mempunyai hati yang mulia.”

Lelaki ini sentiasa memastikan semua kucing jalanan ini mendapat makan setiap hari walaupun itu mungkin bermakna bahawa dia tidak akan mempunyai makanan yang mencukupi untuk dirinya sendiri.

“Saya tiada masalah kalau tak cukup makan, tetapi kucing perlu makan,” kata Loong Dum.

Selepas kisahnya dikongsi di Facebook, ramai orang Thai menawarkan untuk membantunya. Sesetengah orang datang untuk membeli limau, ada juga yang singgah untuk memberikan makanan kucing dan bekalan setiap hari.

Keseronokan sebenar dia mendapat apabila dia menerima stok makanan buat kucing-kucing kesayangannya.

Selain itu, terdapat insan mulia yang membawa Loong Dum memotong rambut dan memberikan dia beberapa pakaian baru dan keperluan asas yang lain.

Sejurus pulang dari ‘makeover’, dia kembali di jalanan untuk menjual limau dan meneruskan rutin hariannya. Kisah lelaki ini menjadi inspirasi kepada penduduk tempatan untuk menunjukkan kasih sayang, belas kasihan, dan juga bantuan kepada mereka haiwan jalanan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *