LOADING

Type to search

Buletin HM

HaiMeow raikan Kids & Cats sempena “Its A Caturday”

Share

Petaling Jaya, 9 Disember 2017 – Acara “Its A Caturday” yang berlangsung di Oasis Village, Ara Damansara baru-baru ini merupakan satu permulaan dan wadah baharu bagi pemilik kucing untuk mewujudkan ‘bonding time’ bersama haiwan kesayangan mereka pada hari Sabtu. Its A Caturday merupakan aktiviti terkini bagi menggantikan Saturday. Meowww!

Majalah Kucing No.1 Malaysia, HaiMeow telah menjadikan Oasis Village sebagai platform untuk meraikan pemilik dan haiwan peliharaan mereka di sini.

Oleh itu, acara tersebut dinamakan “Caturday” supaya setiap hari Sabtu dapat menjadi hari wajib buat kucing peliharaan meluangkan masa dan dimanjakan oleh pemilik mereka tidak kira di rumah mahupun di mana-mana.
Selain itu, Its A Caturday turut membawakan haiwan-haiwan comel seperti arnab, sugar glider, dan hamster untuk dipamerkan kepada peminat haiwan si cilik yang sedang menikmati cuti persekolahan. Konsep yang diketengahkan ini merangkumi Kids, Animal dan Family! #TimeForKidsNCats

HaiMeow dengan kerjasama LifeScape, serta penaja utama, Catit Malaysia turut mengadakan pertandingan Cat’s Fun Run. Di sini, pengunjung berpeluang mendekati dan melihat kucing-kucing yang mengambil bahagian dalam acara lumba lari beraksi untuk merebut gelaran juara. Memang riuh-rendah ruang legar Oasis Village ketika si comel berlumba menuju ke garisan penamat.

Its A Caturday ini juga memberi pendedahan umum kepada pengunjung mengenai baka kucing import yang dipamerkan sepanjang acara bermula.

Tujuan utama pameran kucing ini adalah untuk memperkenalkan jenis kucing yang wujud, cara penjagaan yang betul untuk mendapatkan struktur bulu serta tahap kesihatan yang baik. Orang ramai juga boleh menyumbang kepada NGO kucing yang diundang oleh HaiMeow iaitu Sahabat Kucing Jalanan.
Acara yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga lewat 5 petang ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa selebriti tempatan iaitu Izzue Islam, Hisyam Hamid dan Dafi AF. Antara gimik acara adalah tandatangan pada Cover Majalah HaiMeow edisi 36 yang menampilkan Izzue Islam sebagai kulit majalah.

Sebelum tirai aktiviti Its A Caturday tamat, pengunjung dan peminat kucing telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Dafi AF dan Fatihah (artis baru). Mudah kata, Oasis Village kini telah bertukar menjadi ruang untuk meraikan Its A Caturday dengan aktiviti bersifat kekeluargaan dan haiwan peliharaan.

Teruskan menyokong Majalah Kucing No.1 Malaysia, HaiMeow!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *