LOADING

Type to search

Cerita HM

CASHNIP KITTY, Kucing ‘Mata Duitan’

Share

Tergempar! Seekor kucing yang dipelihara di pejabat telah mengejutkan pemiliknya ketika mereka menjumpai si comel ini ‘merampas’ wang dari orang lalu-lalang. Kucing pun pandai mencuri ke? OMG!!!
Si ‘kucing pejabat’ ini sebenarnya mempunyai bakat yang sangat istimewa. Dia adalah penangkap duit (bukan bomoh duit ye). Mungkin kucing korang dekat rumah suka bauan seperti catnip, tetapi si comel ini mempunyai “obsesi” terhadap wang tunai yang begitu mendalam.

Dia mengambil wang dari orang lalu-lalang dan ‘menukarnya’ kepada sesuatu yang lebih bermakna! Jeng, Jeng, Jeng! Diperkenalkan, CASHnip Kitty!

KISAH PILU

CASHnip Kitty adalah seekor kucing pejabat yang disayangi di GuRuStu, sebuah firma pemasaran di Tulsa, Oklahoma yang terletak di Amerika Syarikat.

Si comel ini mungkin kelihatan seperti kucing pejabat biasa, tetapi kepintaran yang dimiliki CASHnip Kitty benar-benar mengejutkan pemiliknya malah semua pencinta kucing! CASHnip Kitty telah diadopsi dari Tulsa Animal Shelter sewaktu dia berumur enam bulan.

“Dia merupakan kucing ‘gelandangan’ sebelum diambil dan tinggal bersama kami di sini. Kini, CASHnip Kitty adalah sebahagian daripada pasukan dan “Supurrvisor” yang cemerlang dalam menyelesaikan masalah haiwan perosak,” ujar Stuart McDaniel, pemilik GuRuStu.

PELIK TAPI BENAR

Pada mulanya, Stuart dan kakitangannya telah menemui beberapa helai duit dollar seolah-olah dibuang di depan pintu pejabat mereka. Setiap hari wang sentiasa masuk lalu mereka sendiri bingung dan tertanya-tanya, dari mana wang sebanyak ini datang.

Tiada siapa yang tahu bagaimana wang itu wujud sehingga mereka memutuskan untuk menguji secara teori. Mereka bertanggapan orang lalu-lalang mesti menggunakan “dollar notes” untuk bermain dengan kucing mereka melalui celahan pintu kemudian duit tersebut telah dirampas.

“Sekarang kita dah tahu siapa yang membayar setiap dollar notes mereka dengan “Supurrvisor” kami disini”.

Selepas ‘tabiat’ pelik ini dibongkar, pihak GuRuStu telah memutuskan untuk menggunakan bakat ‘kucing pejabat’ mereka ke arah tujuan yang baik iaitu ‘merampas’ wang orang lalu-lalang, kemudian disumbangkan kepada Tulsa Day Center untuk kegunaan “homeless” atau gelandangan.

Kini, tugas CASHnip Kitty adalah menghiburkan orang ramai yang lalu-lalang di depan pejabatnya sambil melakukan sesuatu DEMI membantu ‘rakan-rakan’ manusianya.

Setakat ini, CASHnip Kitty telah mengumpul dan menyumbangkan lebih daripada $100 kepada Tulsa Day Center. Dia seekor kucing yang membanggakan. Sejuk perut mak si CASHnip Kitty ni kan. Hihi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *