Type to search

Buletin HM Cerita HM

Wanita Selamatkan Kucing yang Tersangkut Di Pokok Akhirnya Diselamatkan oleh Bomba

Share

“Situasi kucing tersangkut atas pokok itu sangat kelakar, tetapi apabila saya yang berada di atas pokok itu memang tak kelakar.” kata wanita Hampshire yang juga tersangkut di atas pokok itu selama 45 minit.”

Maria Parry

Seorang wanita, Maria Parry yang cuba untuk menyelamatkan kucingnya yang tersangkut di atas pokok telah diselamatkan oleh ahli bomba. 

Hal ini disebabkan dia pula yang tersangkut di atas pokok kerana telah memanjat pokok di paras yang agak tinggi semasa menyelamatkan kucingnya itu.

Maria Parry yang tersangkut di atas pokok cuba selamatkan kucingnya, Harry.

Suaminya telah cuba menelefon panggilan kecemasan iaitu 999 dan terpaksa pulang ke rumahnya secepat mungkin selepas dapat tahu isterinya tersangkut di atas pokok 12 kaki ke atas demi menyelamatkan kucing tersayangnya iaitu Harry. 

Harry telah hilang selama tiga hari dan tidak dapat dijejaki oleh tuannya, Maria.

Harry tersangkut di atas pokok

Wanita yang berumur 34 tahun yang bekerja sebagai jururawat mengatakan bahawa dia terdengar kucing sedang mengiau di luar kawasan rumah. Rupanya dia ternampak Harry kucingnya yang hilang di pokok jiran sebelah rumahnya. 

Tanpa berfikir dengan waras, maka dia terus pergi ke kucing kesayangannya itu tanpa berfikir panjang terus panjat naik ke atas pokok kerana kucing itu teramat ketakutan.

Bomba selamatkan Maria selepas suaminya telefon 999

Akhirnya, setelah Maria mendapatkan kucingnya itu terus ia tertidur di pangkuannya. Tetapi apabila tengok keadaan kelilingnya, dia baru sedar yang dia sudah berada di atas pokok paras yang agak tinggi. 

Dia terus menelefon suaminya minta pertolongannya tetapi dia tidak boleh boleh terus bercakap kerana dia berada dalam ketakutan. Akhirnya, ahli bomba telah datang dan menyelamatkan Maria dengan jayanya.

Sumber: independent.co.uk

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *