Type to search

Buletin HM Cerita HM

Syurga 622 Kucing Terbiar di Hawaii ‘Lanai Cat Sanctuary’

Share

Kathy Carroll telah menyediakan syurga untuk kucing-kucing terbiar iaitu 622 kucing di Hawaii.

Lanai Santuari ini sudah dianggap sebagai pulau bagi kucing-kucing ini.


Lanai Cat Sanctuary bertempat di Hawaii. Kawasan santuari ini mempunyai kawasan yang luas dan terbuka. Keluasannya juga berukuran 3.5 ekar dan sesuai untuk dibuatkan pulau khas untuk kucing-kucing terbiar ini.

Santuari ini berpegang kepada polisi pintu terbuka kepada kucing-kucing yang tiada rumah dan tuan lagi-lagi kucing yang terbiar.

Polisi ini membawa makna kucing yang telah dijumpai merayau di persekitaran pulau ini akan diambil untuk dijaga. Kucing-kucing ini kemudian akan diberi nama, tempat tidur, makanan, dirawat, divaksin, dimandulkan dan dibela.

Lanai tidak mempunyai pakar kesihatannya sendiri. Maka Keoni Vaughn iaitu Direktor eksekutif mengatakan mereka akan membawa masuk dua juruteknik dan veterinar dua kali sebulan.

Selain itu, santuari Lanai ini bermula sejak 2004, sahabat Kathy Carroll telah membawa anak kucing yang telah dilanggar kereta, kekurangan makanan dan digigit kutu yang banyak.

Rakannya memberitahunya sambil memeluk anak kucing itu dengan erat di pintu santuari Lanai ini. Santuari ini lah merupakan rumah bagi kucing-kucing ini dan akhirnya kucing tersebut Toulouse hidup dengan gembira dan sihat.

Taman Lanai ini telah dikendalikan oleh tujuh kakitangan yang tetap. Santuari ini mendapat tarikan pelancong yang ramai datang ke sini. Mereka menerima dalam lingkungan 12,000 pelancong yang datang sini pada setiap tahun.

'Lanai Cat Santuary'

Aktiviti yang boleh dilakukan di santuari ini adalah pelancong yang datang boleh bermain dan memberi makanan kepada kucing-kucing ini.

Sumber: people.com

Ditulis oleh : AinaAmirah Roslim

Tags
Previous Article
Next Article

Next Up