Type to search

Pilihan Editor Si Bulus HM

SI COMEL KESUKAAN RAMAI – BRITISH SHORT HAIR

Share

SI MANJA TUBUH GEMPAL

Siapa yang tak berkenan? Muka yang lebar dan pipi yang tembam, ditambah dengan matanya yang besar dan bulat, tidak perlu disangkal lagi bahasa badan dan mimik wajah menjadi pesona yang membuatkan pencinta kucing sentiasa tidak puas apabila bertemu dengannya.


Baka kucing yang dimaksudkan adalah British Short Hair. Pasti ada yang sentiasa memasang angan-angan untuk memilikinya. Ciri-ciri dan karakter yang dimiliki begitu kuat membuatkan British Short Hair antara baka yang paling diminati di Malaysia.

TARIKAN PERSONALITI

British Shorthair sememangnya berani, ingin tahu, tetapi sangat lembut. Ia mempunyai kemampuan yang kuat untuk menyesuaikan diri, dan tidak cepat menggelabah. Ia hanya akan cuba untuk naik ke tempat yang lebih tinggi, sambil kepala dan sepasang mata bulat besar dihala ke bawah merenung dan tersenyum pada anda, seperti ‘Alice in Wonderland’.

Itu sahaja ekspresi muka comel yang pasti mencairkan hati sesiapa. Paling jelas, cinta anda tidak akan tertukar pada yang lain. British Shorthair juga sangat menikmati sentuhan kepada pemilik. Jika anda memberi riba anda untuk tidur, pasti mereka akan menghampiri lalu baring di atas anda.

• Walaupun saiz baka ini besar, ia sungguh jinak.
• Bersikap sungguh penyayang dan manja.
• Suka berdiam dan tidak memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik.
• Sesuai untuk dibela di dalam apartmen kerana mereka kurang merayau.

Tags