Type to search

Buletin HM

Si Bulus Boleh Kurangkan Serangan Jantung?

Share

Pakar saintis membuktikan kucing boleh menurunkan kadar serangan jantung.

Membela kucing boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan kadar serangan jantung. Ada bukti ke?


Dengan adanya kucing peliharaan ini, kita dapat menyelamatkan diri kita daripada menghidapi penyakit jantung, strok dan mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Berdasarkan penyelidikan kajian, pemilik kucing di dunia terbukti mempunyai tahap yang minima daripada diserang penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tiada kucing di rumah.

Kajian di Amerika telah membuktikan bahawa seramai 4,435 dewasa yang mempunyai kucing telah mendapat kadar peratusan yang rendah iaitu 3.4 peratus daripada diserang penyakit jantung malah individu yang tidak memiliki kucing mempunyai kadar peratusan yang lebih tinggi iaitu 5.8 peratus.ย 

Menurut Professor Adnan Qureshi dari Universiti Minnesota, telah membuat kajian mengenai pengaruh kucing yang positif terhadap pemiliknya.

Professor Adnan ada memberitahu bahawa mereka yang membela kucing selalunya mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan kurang stres. Selain itu, mengusap kepala dan badan kucing juga terbukti dapat menghilangkan hormon stres dan mengelakkan diri kita daripada penyakit jantung.

Sumber: Telegraph.co.uk

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *