Type to search

Buletin HM

Pihak Kementerian Malaysia Ingin Kucing dan Anjing Terbiar Tidur Selamanya?

Share

PAWS mengkritik tindakan pihak kementerian untuk kucing dan anjing terbiar tidur selamanya.

Isu di Malaysia iaitu haiwan-haiwan terbiar ini akan membawa wabak penyakit kepada manusia. Edward Lim iaitu pengurus PAWS (Animal Welfare Society) berasa tercabar dengan kenyataan yang diberikan pihak kementerian untuk melupuskan kucing dan anjing yang terbiar ini jika tiada pemilik dan memudaratkan kesihatan manusia.

Pengurus Animal Welfare Society (PAWS), Edward Lim

Menurut Edward Lim, PAWS ada dan mereka masih menerima kucing-kucing dan anjing-anjing terbiar ini. Mengapa perlu membuat tindakan sedemikian terhadap haiwan-haiwan tidak bersalah ini.

Pihak kementerian juga seolah-olah menyalahkan pihak NGO dan mengugut mereka dengan ingin mematikan haiwan-haiwan terbiar ini jika isu ini tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagi pihak Kementerian Kesihatan, mereka ingin menjaga standard kesihatan di Malaysia dan ingin memperkukuhkan lagi tahap kebersihan dalam kalangan rakyat. Mereka mahukan haiwan-haiwan terbiar ini dijaga dengan betul oleh pemiliknya bukan bagi mereka hidup terbiar.

Jika haiwan-haiwan yang tidak memiliki tuan untuk menjaganya, maka PAWS perlu mengambil tindakan dengan menyediakan tempat perlindungan dan menjaga mereka.

PAWS Malaysia

Kita sebagai rakyat perlu menitikberatkan isu ini. Jika kita semua tidak mahu ada tanggungjawab terhadap haiwan-haiwan terbiar ini maka pihak Kementerian akan bagi kucing dan anjing yang terbiar ini tidur selamanya jika isu ini tidak dapat diselenggara dengan baik. 

Kementerian inginkan yang terbaik dari segi kesihatan dan kawasan persekitaran yang baik kepada rakyatnya.

Tetapi tindakan tidak wajar dipraktikkan kerana bukan haiwan yang membawa wabak penyakit rabies ini. Tetapi kita sendiri iaitu manusia kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling dan isu semasa. Malah kita tidak mahu bertanggungjawab langsung dengan isu yang tiada kena mengena dengan kita. 

Tindakan tidak mengambil berat dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan isu ini berleluasa dan haiwan menjadi mangsa.

Sumber: thestar.com

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags