Type to search

Cerita HM

Lelaki ini jadikan rumahnya seperti taman permainan kucing

Share

Selalunya kalau kita nak mengubahsuai rumah, semestinya kita nak mencantikkan lagi bilik air ataupun dapur. Berbeza dengan lelaki ini yang memilih untuk mengubahsuai rumahnya kepada rumah kucing, menakjubkan!

Peter Cohen merupakan seorang lelaki yang sanggup mengubahsuai segala reka bentuk di dalam rumahnya dengan reka bentuk khas untuk permainan kucing-kucingnya. Peter berasal dari California dan amat menyayangi kucingnya. Dia mengambil majoriti kucingnya itu daripada kucing terbiar dan tiada tuan.

Semakin hari semakin Peter obses membela kucing-kucing terbiar ini. Dia telah mengubah rumahnya itu kepada ‘House of Nekko’ yang membawa maksud rumah kucing dalam Bahasa Jepun.

Rumah Peter menyediakan tempat-tempat khas bagi kucingnya seperti tempat mencakar kucing, kolam air ikan koi untuk kucing di dalam rumah, tempat menyorok yang berwarna-warni, laluan dari dinding ke dinding berhampiran dengan siling di rumah. Peter sangat gembira membela 22 kucing yang diselamatkan ini di rumah syurga bagi kucing yang dibina olehnya.

Sumber: Good News Network

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags