Type to search

Cerita HM

Kucing Atau Memasak? ‘JunsKitchen’ di YouTube

Share

JunsKitchen di YouTube digemari oleh peminat kucing. Mengapa?

Jun Yoshizuki gemar menyediakan makanan Jepun melalui saluran YouTube bersama kucing kesayangannya, unik!


Kucing Jun atau Sushi?

Jun selalu berkongsi resepi masakannya itu melalui YouTube. Kebanyakan video yang dipaparkan olehnya akan ada juga kucing-kucing yang comel semasa Jun memasak.

JunsKitchen merupakan satu saluran di YouTube yang diarahkan oleh Jun Yoshizuki, 29 dan isterinya Rachel berumur 30 tahun. 

Selalunya mereka akan berkongsi kisah kehidupan mereka di Jepun dan juga masakan Jepun.

Salah satu pengguna media sosial Reddit mengatakan bahawa rancangan JunsKitchen ini telah membawa ketenangan dan kegembiraan kepadanya. 

“Saya adalah salah seorang yang mempunyai masalah depresi dan kebimbangan yang terlampau (anxiety) tetapi bagi saya rancangan ini adalah meditasi bagi minda saya. Rancangan ini menyelamatkan saya.”

Nak makan ke tidur eh?

Orang awam mulai menviralkan video kucing JunsKitchen melihat tuannya masak ini ke seluruh dunia. Sebelum JunsKitchen menjadi tarikan orang ramai, pasangan suami isteri ini Jun dan Rachel telah mulai rancangan YouTube tujuh tahun lepas. 

Sebelum ini, mereka suka menunjukkan video mereka semasa mereka menjalinkan hubungan jarak jauh dan berkongsi kehidupan mereka masing-masing. Sebagai contoh, Rachel and Jun

Sumber: The Washington Post

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags