Type to search

Fakta HM

Cara kucing menyebut “I Love You”

Share

Terdapat perbezaan pemahaman dalam kalangan orang awam terhadap cara kucing yang menunjukkan kasih sayang mereka. Dikatakan anjing lebih bijak meluahkan perasaan sayang kepada pemiliknya berbanding kucing. Betul ke kenyataan ini?

Sebenarnya kucing mempunyai kemahiran untuk menunjukkan kasih dan sayang mereka terhadap kita. Kucing-kucing ini selalu beritahu kita yang mereka sayang sama kita tetapi malangnya tuannya tidak faham sepenuhnya apa yang kucingnya cakap. Macam cinta tak kesampaian gitu!
Amat sukar bagi manusia untuk memahami sepenuhnya kucing kesayangan kita, kerana kita tidak memahami bahasa pertuturan mereka. Oleh itu, ada beberapa tips untuk kita mengenali cara kucing meluahkan kasih sayang mereka.

1. Merehatkan kepalanya

Nak tahu tak bagaimana kucing kita meluahkan perasaan kasih dan sayangnya dekat kita? Perasan tak kadang-kadang ada masa kucing kita suka sangat gesel kaki kita dengan kepala dia tak pun gesel muka dia dekat kita, semestinya pernah kan?

2. Mengurut

Apabila si bulus sedang mengalami situasi yang tenang dan relax, maka mereka ini akan mengurut badan kita tak pun mengurut benda lain seperti bantal, kain selimut ataupun baju-baju anda. Mengikut pakar kucing, kucing sayang terhadap kita bila dia suka sangat duduk di atas riba kita.

3. Mengikut ke mana sahaja kita pergi

Nak tahu kucing itu selasa berada di sisi kita atau tidak adalah apabila si bulus sering mengikut anda ke mana sahaja anda pergi. Sebagai contoh, anda pergi dapur mahupun bilik air pun mereka masih mahu ikut. Itu terbuktinya cinta mereka terhadap kita.

Perasan tak kadang-kadang kucing gemar berada di bilik tidur kita kerana mereka berasa amat selasa bersama kita dan amat menghargai kehadiran kita dalam hidup si bulus ini. So sweet kan?

4. Membawa hadiah

Kucing amat gemar memberi hadiah kepada tuannya seperti mainan kucing, anak tikus yang sudah mati dan anak burung.

Tanda kasih dan sayang kucing ini boleh diucapkan dalam perbuatan mereka yang ini juga. Biasa lah kucing-kucing ini mempunyai semangat ingin memburu dan mempunyai sifat ingin tahu.

5. Bertentangan mata

Mata kucing mempunyai daya tarikan yang luar biasa. Ada kucing yang mempunyai mata yang besar ada yang berwarna biru. Cara kucing menunjukkan yang dia sayang kita adalah dengan melihat kita ataupun bertentang mata dengan kita.

Sumber: TheFirstNewspaper

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags