Type to search

Buletin HM

Be Kind To Animal, Together We Care – Inisiatif CSR Kelab Kucing Malaysia

Share

Be Kind To Animal, Together We Care – Inisiatif CSR Kelab Kucing Malaysia

Sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia tahun ini, Kelab Kucing Malaysia (KKM) telah mengadakan pertandingan kucing dan haiwan kesayangan, Be Kind to Animal, Together We Care bertempat di ruang legar Medan Mara, Kuala Lumpur. Bukan sahaja imej kucing diangkat malah haiwan eksotik serta haiwan kecil turut diraikan pada 29 dan 30 Oktober yang lalu. Program kucing kali ini dengan tema berbuat baik kepada haiwan dan saling mengambil berat bertujuan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap haiwan tanpa ‘diskriminasi’.

LAIN DARIPADA SEDIA ADA

Kelebihan yang berani dipikul oleh badan NGO ini adalah menghimpunkan peminat kucing dan haiwan kecil tidak kira peringkat umur ataupun bangsa dibawah satu bumbung. Pengunjung begitu teruja dan seronok melihat telatah cicak gecko, bearded dragon, arnab, ular, burung, serta lain-lain haiwan peliharaan yang jarang diberikan pendedahan umum. Secara tidak langsung, acara sebegini mampu menyemai sifat kasih sayang pada haiwan sejak dari usia kanak-kanak. Sememangnya sambutan dari pengunjung, penyewa Medan Mara dan pencinta haiwan peliharaan sekitar Ibu Kota sungguh baik apabila seawal jam 11 pagi lagi sudah menyerbu ruang legar Medan Mara bagi menyaksikan pertandingan kucing serta pameran small animals.

KKM Cat Show & Small Animal 2016

Di samping itu, Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama produk makanan kucing tempatan, Powercat turut menganjurkan sebuah pertandingan kucing, KKM Cat Show & Small Animal 2016 selama dua hari. Menurut Presiden Kelab Kucing Malaysia, satu kategori khas telah dijalankan pada hari Ahad iaitu Special Cat Show Persian/Exotic Cat 2016. “Special Cat Show Persian/Exotic Cat 2016 ini hanya memfokuskan pada baka Parsi dimana kita ingin memaklumkan kepada orang ramai khususnya pengunjung di Medan Mara tentang kucing Parsi yang asli serta mengikut piawaian persatuan kucing sedunia seperti Federation International Feline (FIFE),” jelas Khalid Rashid yang menggunakan dua juri antarabangsa FIFE dari Eropah. Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti menarik juga telah berlangsung sepanjang dua hari itu antaranya pertandingan meniru aksi dan gaya kucing, menghiasi kek gambar kucing serta pengambilan kucing angkat (adoption).

TANGGUNGJAWAB CSR

Selain itu, penglibatan selebriti tempatan seperti Rozita Rohaizad, Dee Pelawak, Jaafar Onn dan Kumpulan Votez turut memeriahkan suasana serta menghiburkan para pengunjung. Meskipun program KKM Cat Show & Small Animal Show 2016 lebih tertumpu terhadap aktiviti-aktiviti yang melibatkan haiwan peliharaan, namun perihal kebajikan haiwan dan manusia juga tidak diabaikan apabila tabung rumah perlindungan kucing serta rumah anak yatim turut disediakan. “Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan. Tanpa anda semua tidak mungkin program CSR Be Kind to Animal, Together We Care dapat dijayakan. Program ini merupakan antara kempen Corporate Social Responsibilities (CSR) dari Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama Powercat, Pengurusan Medan Mara, KITA, Persatuan Artis dan Pengiat Seni Malaysia untuk membantu Rumah Anak Yatim An-Najjah dan tiga buah rumah perlindungan haiwan.

5a

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *