Type to search

Suplimen HM

Adakah supplemen menjadi keperluan kepada kucing?

Share

Perlu atau tidak supplemen seperti vitamin dan nutrien demi kesihatan yang berterusan si bulus anda? Jawapannya ya dan tidak.  Anda boleh meletakkan sekali supplemen ini dalam makanan kucing anda tetapi ada sesetengah makanan yang tidak boleh dicampur bersama. Hal ini disebabkan, apabila supplemen dicampurkan ke dalam makanan yang sudah cukup nutriennya maka boleh berubah menjadi toksik kepada badan kucing nanti.

Jika anda membuat keputusan untuk membeli supplemen khas untuk kucing anda, amat disarankan untuk berjumpa dengan mana-mana pakar ataupun veterinar yang berdekatan dengan anda serta mempunyai ilmu yang luas mengenai supplemen kucing.

Hal ini disebabkan mereka lebih mahir soal ubat-ubatan yang sesuai dengan kondisi kucing anda. Ini untuk memastikan tiada masalah komplikasi keatas kucing anda akibat mengambil supplemen yang tidak bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis supplemen yang dijual di pasaran iaitu Glucosamine dan Chondroitin. Supplemen yang mengandungi kandungan ini berfungsi dalam merawat masalah arthritis dan melindungi sendi kucing anda. Supplemen ini amat sesuai bagi kucing yang sudah semakin meningkat usia ataupun kepada kucing yang mempunyai masalah sendi. Justeru itu, lebih baik berjumpa dengan veterinar untuk memeriksa supplemen yang anda beli sebagai langkah berjaga-jaga.

DigeStrong Cat

Digestrong adalah suplemen probiotik yang direka khas untuk penjagaan saluran kencing (GI) kucing anda. Ia mengandungi lebih daripada 1 bilion probiotik hidup dan ditambah dengan taurine serta vitamin B.

Dengan Digestrong, banyak kelebihan yang dapat anda berikan kepada kucing anda seperti meningkatkan populasi bakteria yang baik dalam badan dan menghalang penyebaran bakteria berbahaya. Ia juga mampu menetapkan biota mikro yang sihat serta mengurangkan masalah saluran GI seperti cirit-birit di samping menggalakkan pergerakan usus, menghalang sembelit. Dengan penambahan taurin, ia membantu mengekalkan kesihatan jantung kucing, hempedu dan mejadikan mata lebih sihat.

Kunjungilah klinik veterinar yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Ditulis oleh: Aina Roslim